Sebelum beli atau guna sesuatu produk, kita kena kenal pasti dulu jenis kulit kita. Kalau perasan, dekat pasaran ada banyak jenis produk yang sesuai untuk setiap jenis kulit muka. Contoh seperti di watsons atau guardian.
Selalunya, bila ada buat promosi, berlumba-lumba orang nak pergi beli produk penjagaan kulit muka tapi ada yang tak tahu pun apa jenis kulit muka sendiri. Tak semua orang ya.
Mungkin ada yang dah tahu jenis kulit muka, tapi takut nak cuba sesuatu produk baru. Jadi nak tahu cara yang betul sebelum nak cuba produk baru dekat muka?
Sila klik untuk artikel seterusnya
Jadi hari ini kita belajar untuk kenali apa jenis kulit muka kita. Ada beberapa jenis kulit muka yang anda perlu ketahui.
Sumber: @imanabdulrahim
Kulit Muka Normal
- Kulit muka tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak (seimbang)
- Ada pori pori yang terbuka tapi tidak terlalu jelas
- Susah untuk “breakout”
- Senang untuk mencari produk yang sesuai dengan kulit muka
Kulit Muka Kering
- Kulit muka kurang menghasilkan minyak
- Mungkin ada sesetengah bahagian yang mengelupas
- Kulit kelihatan tegang dan kering
- Senang untuk nampak kemerahan disebabkan kulit yang kering
- Tidak sesuai berada di tempat sejuk
Kulit Muka Berminyak
- Kulit muka kelihatan berkilat disebabkan minyak
- Pori-pori jelas kelihatan di muka
- Mudah untuk naik jerawat dan “blackhead”
- Mudah “breakout” disebabkan minyak yang tersumbat di pori-pori
Kulit Muka Kombinasi
- Ada bahagian yang kering dan ada juga yang berminyak
- Kebiasaannya di bahagian T-zone (dahi, hidung, dagu) akan berminyak
- Manakala di bahagian pipi akan kering
Kulit Muka Sensitif
- Kemerah-merahan, mengelupas, gatal
- Banyak faktor yang menyebabkan sensitif, seperti habuk, persekitaran, produk baru
- Senang untuk nampak kemerahan dan gatal disebabkan faktor di atas